Ahad, 16 Julai 2017 | 8:37am

Saya akan bangkit: Venus


AKSI Venus Williams ketika menentang Garbine Muguruza pada final Kejohanan Wimbledon. - Foto AFP

LONDON: Venus Williams bertekad bangkit daripada kekecewaan tewas di final Kejohanan Wimbledon dan menjadikan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebagai detik kebangkitan.

Williams gagal melakar rekod juara tertua selepas bintang AS itu tewas 7-5, 6-0 kepada pemain Sepanyol, Garbine Muguruza.

Venus yang dikalahkan oleh adiknya, Serena Williams pada final Terbuka Australia Januari lalu menunjukkan kebangkitan yang dipamerkan di Wimbledon kali ini sebagai bukti kemahuannya untuk menang.

Untuk Terbuka AS kali ini, Venus jadi pilihan untuk memastikan kejuaraan Grand Slam kelapan terutama selepas Serena dijangka terus berehat sehingga akhir tahun ini.

"Saya berada dalam prestasi terbaik apabila sering kali berjaya melakukannya dalam pertandingan besar.

"Ini yang saya mahu teruskan. Saya yakin mampu melakukannya. Kami mahu berada di sini.

"Saya tidak hanya mahu layak ke final tetapi mahu beraksi lebih baik. Saya mengharungi dua minggu yang hebat dan saya tidak sabar untuk menghadapi baki musim panas kali ini." - AFP

Berita Harian X