Selasa, 20 Januari 2015 | 4:15pm

Liga Hoki Dunia: Jepun belasah Mexico 6-0

SINGAPURA: Jepun bertindak garang apabila menewaskan Mexico 6-0 pada perlawanan peringkat Kumpulan B, saingan Pusingan Kedua, Liga Hoki Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di sini, hari ini.

Gol pasukan dari Asia itu dijaringkan oleh Kenji Kitazato seawal minit pertama diikuti Kazuma Murata, minit ke-18, Ryohei Kawakami (m-21) ,Genki Mitani (m-42, 53) dan Kenta Tanaka (m-56). - BERNAMA

Berita Harian X