Khamis, 22 Januari 2015 | 10:06pm

Craig Alexander dilantik duta Ironman 70.3 Putrajaya

Craig Alexander.

KUALA LUMPUR: Legenda ironman Australia, Craig Alexander dilantik sebagai duta acara tahan lasak Ironman 70.3 Putrajaya untuk tahun kedua berturut-turut.

Atlet triatlon berusia 41 tahun itu tidak sabar untuk perlumbaan edisi 2015 pada 5 April ini selepas kagum dengan sambutan hebat pada edisi pertama, tahun lalu.

Alexander, juara dunia tiga kali, berkata beliau teruja dengan perkembangan acara ironman di rantau Asia Pasifik.

"Kini terdapat banyak perlumbaan di rantau Asia Pasifik dan anda boleh bersaing sepanjang musim," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur di sini hari ini.

Kejohanan Ironman 70.3 Putrajaya dijangka menarik lebih 1,400 peserta, membabitkan tiga acara iaitu renang sejauh 1.9 kilometer di Tasik Putrajaya, berbasikal sejauh 45km dan larian sejauh 21.1km. - BERNAMA

Berita Harian X