Ahad, 1 Februari 2015 | 3:20pm

Sumbangsih 2015: Rating persembahan pemain

JOHOR BAHRU: Berikut rating persembahan pemain dalam perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Larkin, malam tadi.

Penilaian ini berpandu kepada persembahan keseluruhan setiap individu memberi sumbangan kepada pasukan masing-masing dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Dalam perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015 itu, JDT bimbingan Bojan Hodak menewaskan Pahang pimpinan Zainal Abidin Hassan 2-0.

Kemenangan itu turut memberi tiga mata untuk skuad Harimau Selatan itu bagi perkiraan Liga Super, musim ini.

JDT

  • Mohd Farizal Marlias : 7
  • S Kunanlan : 9
  • Junior Eldstal : 8
  • Marcos Antonio : 8
  • Mohd Fadhli Shas : 7
  • Safiq Rahim : 8
  • Amirul Hadi Zainal (min 85) 6
  • Hariss Harun : 8
  • Shakir Shaari : 7
  • Mahali Jasuli : 5
  • Jorge Pereyra Diaz : 8
  • Jasazrin Jamaluddin (min 80) 6
  • Luciano Figueroa : 9

PAHANG

  • Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid : 5
  • Damion Stewart : 7
  • Zesh Rehman : 7
  • Azidan Sarudin : 5
  • Mohd Norazam Abdul Azih (min 75) 6
  • Matias Conti : 6
  • Dickson Nwakaeme : 7
  • Mohd Razman Roslan : 7
  • Mohd Fauzi Roslan : 5
  • R Surendran (min 67) 6
  • Mohd Hafiz Kamal : 5
  • R Gopinanthan : 6

Berita Harian X