X
Ahad, 1 Februari 2015 | 3:47pm

Polis Marin rampas 1,050 balak dari kilang di Sibu

Kayu balak pelbagai jenis bernilai lebih RM300,000 yang dirampas Polis Marin Sarawak dalam serbuan ke atas sebuah kilang kayu di Sungau Batang Lebaan Paradom, Sarawak, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
Kayu balak pelbagai jenis bernilai lebih RM300,000 yang dirampas Polis Marin Sarawak dalam serbuan ke atas sebuah kilang kayu di Sungau Batang Lebaan Paradom, Sarawak, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

SIBU: Sebanyak 1,050 batang kayu balak pelbagai jenis bernilai lebih RM300,000 dirampas dalam satu serbuan ke atas sebuah kilang kayu di tepi Sungai Batang, Lebaan Paradom, di sini awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah V, Asisten Komisioner Kalai Chelvan, berkata serbuan menerusi Operasi Landai dilakukan anggotanya bersama Jabatan Perhutanan Sibu berjaya menemui sejumlah 17 longgokan kayu balak pelbagai saiz dan jenis.

Katanya, pihaknya percaya, kayu balak terbabit diperoleh secara haram untuk dijual kepada pasaran tempatan dan luar.

"Kita dapati kayu balak yang dijumpai dipercayai diperoleh secara haram dan diproses menjadi papan kayu untuk dijual di pasaran tempatan dan luar negara," katanya menerusi laman Fecebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebentar tadi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak dan kesemua hasil rampasan diserah kepada pihak Jabatan Perhutanan Sibu untuk siasatan lanjut.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X