Ahad, 8 Februari 2015 | 8:14pm

Persawat AirAsia X berlepas semula ke Jeddah

PESAWAT D7172/XAX172 yang dijadual terbang ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke klia2 di Sepang, kerana masalah alat kawalan penerbangan, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

SEPANG: Pesawat AirAsia X D7 172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah yang terpaksa berpatah balik disebabkan oleh masalah teknikal selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 7.23 malam ini.

Jurucakap AirAsia, ketika ditemui, berkata semua penumpang dipindahkan ke pesawat lain dengan kod penerbangan baru iaitu D7 0172D.

Sementara itu syarikat penerbangan AirAsia X mengesahkan sebelum ini pesawat D7 172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik disebabkan oleh masalah teknikal.

Menerusi kenyataan dikeluarkan AirAsia X, disebabkan perkara berkenaan, pesawat D7 172 terpaksa berpatah balik ke klia2.

"Mengambil kira soal keselamatan dan bagi memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa, pesawat itu perlu berpatah balik dan selamat mendarat di klia2 jam 5.40 petang tadi.

"Semua penumpang juga dipindahkan ke pesawat lain dan dijadualkan berlepas jam 7 petang hari ini," katanya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan menemubual penumpang tidak berjaya kerana difahamkan mereka tidak dibenarkan keluar dari tempat menunggu.

Berita Harian X