Rabu, 11 Februari 2015 | 11:01am
WANITA berusia 50 tahun maut dikelar selepas kediamannya dipecah masuk. Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi tadi di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan. - Foto Balqis Jazimah Zahari

3 suspek kelar wanita diberkas


WANITA berusia 50 tahun maut dikelar selepas kediamannya dipecah masuk. Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi tadi di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan. - Foto Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Tiga suspek termasuk remaja berusia 16 dan 19 tahun diberkas bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh isteri anggota polis di Taman Emas, Tanjung Rambutan di sini pagi tadi.

Sumber polis berkata, suspek berusia 16 tahun itu tinggal berdekatan rumah mangsa manakala dua lagi ditahan di Bercham pada jam 5 pagi, selepas kira-kira dua jam kejadian ke atas mangsa disedari anaknya yang pulang ke rumah.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 50 tahun ditemui mati di dalam rumahnya selepas dipercayai dikelar di leher dalam kejadian samun rumahnya.

Berita Harian X