Khamis, 12 Februari 2015 | 12:12pm

17 pekerja kontraktor TNB cedera nahas bas

bhnews@bh.com.my


SERAMAI 17 penumpang warga India pekerja kepada kontraktor TNB yang menaiki sebuah bas sekolah cedera selepas kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik di Batu 19 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi tadi. - Foto Asrizal Aris

IPOH: Seramai 17 penumpang warga India pekerja kepada kontraktor TNB yang menaiki sebuah bas sekolah cedera selepas kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik di Batu 19 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata siasatan awal mendapati bas itu terbabas sendiri.

"Dalam kejadian itu bas yang dipandu seorang lelaki dan membawa 19 penumpang dalam perjalanan dari Tapah ke Batu 19.

"Setiba di tempat kejadian bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik," katanya.

Beliau berkata, 17 penumpang kenderaan terbabit dipercayai warga India yang bekerja dengan kontraktor pembinaan menara TNB dilaporkan cedera ringan dan dibantu orang awam mendapat rawatan di Hospital Tapah.

18 dibaca
Berita Harian X