Isnin, 2 March 2015 | 12:02pm
AHMAD bersalam dengan ikon LHDN, Datuk Aznil Nawawi sambil diperhatikan Mohd Shukor (kiri) pada majlis Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil di sini, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
AHMAD (tengah) ketika melancarkan portal Bayar Hasil pada majlis Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil di sini, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Bayar cukai pendapatan guna kad kredit mulai hari ini


AHMAD (tiga dari kanan) bersama Mohd Shukor (dua dari kanan) menunjukkan buku Hasil4U pada majlis Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil di sini, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

CYBERJAYA: Bermula hari ini, pembayar cukai pendapatan boleh menggunakan kad kredit, kad debit Visa, MasterCard dan American Express yang dikeluarkan oleh institusi perbankan negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata pembayaran boleh dilakukan menerusi portal Bayar Hasil yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu https://byrhasil.hasil.gov.my/.

"Perkhidmatan baharu itu adalah inisiatif terkini LHDN dengan kerjasama Maybank bagi memastikan urusan pembayaran cukai lebih mudah dan pantas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran inisiatif terbaharu itu sempena Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.

Ahmad berkata kaedah baharu itu dilihat akan memberikan lebih keselesaan kepada pembayar cukai yang mana sebelum ini dilakukan secara tunai di kaunter, Mesin Deposit Tunai (CDM) serta perbankan internet.

Berita Harian X