Rabu, 4 March 2015 | 9:44pm
KEADAAN PERODUA Myvi dinaiki enam sekeluarga yang terbalik selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid, kira-kira 100 kilometer dari sini, petang tadi. - Foto NSTP

Empat sekeluarga maut nahas di Beluran

SANDAKAN: Empat sekeluarga maut termasuk bayi berusia lima hari, manakala dua lagi parah apabila PERODUA Myvi dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid, kira-kira 100 kilometer dari sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa yang maut ialah Ridzuan Basnu, 30; isterinya, Noorlilah Masli, 25, dan bayi perempuan mereka berusia lima hari serta ibu Noorlilah, Gaya Gudang, 50.

Dua yang parah adalah anak lelaki pasangan itu, Ahmad Kidam, 4, dan adik Noorlilah, Mohd Hazawan Masli, 16.

Difahamkan, enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Beluran ke Telupid sebelum bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

35 dibaca
Berita Harian X