Sabtu, 14 March 2015 | 11:32am

Hanez Suraya sah bergelar isteri

PASANGAN mempelai Hanez-Romie selamat diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto BH
PASANGAN mempelai Hanez-Romie selamat diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto BH

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz pelakon Hanez Suraya, 30, sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha, 35, pada jam 11.25 pagi di Masjid Putra, di sini.

Pasangan mempelai ini selamat diijabkabulkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat. Majlis turut menampilkan Saifulnizam Ismail sebagai jurucakap majlis.

Dalam majlis tersebut, Romie menerima sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, cincin, al-Quran dan sejadah, sepasang baju dan seluar, beg, tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

Dengan hantaran tujuh dulang dari pihak lelaki berbalas sembilan pada pihak perempuan gubahan hantaran disediakan oleh Najeeb Kuntum.

Manakala Hanez pula menerima tujuh dulang iaitu tepak sirih, mas kahwin sebanyak dua puluh ribu dan wang hantaran berserta rantai, al-Quran dan tasbih, beg tangan dan sepasang kasut, alat solek dan set wangian serta manisan.

DENGAN sekali lafaz pelakon Hanez Suraya, 30, sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha, 35, pada jam 11.25 pagi tadi. - Foto BH
DENGAN sekali lafaz pelakon Hanez Suraya, 30, sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha, 35, pada jam 11.25 pagi tadi. - Foto BH

Hanez kelihatan anggun menggayakan busana putih rekaan Wanpa dan dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegan oleh Chomell.

Majlis pernikahan yang dihadiri 100 orang itu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Hanez dan Romie serta beberapa pihak media bagi menyaksikan saat-saat indah tersebut.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing-masing.

Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung di Pusat Convention Sime Darby Bukit Kiara pada 22 Mac depan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X