Ahad, 15 March 2015 | 12:19am
INDAH Ruhaila (kanan) bersama peminat pada siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 di kompleks beli-belah Village Mall, Sungai Petani, baru-baru ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
INDAH Ruhaila (kanan) bersama peminat pada siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 di kompleks beli-belah Village Mall, Sungai Petani, baru-baru ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Saya bukan pengkid - Indah Ruhaila

Indah Ruhaila. - Foto Munira Abdul Ghani
Indah Ruhaila. - Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Keputusan tampil dengan imej berambut pendek tidak ada kena mengena dengan luahan rasa tidak puas hati yang lahir dari dirinya.

Sebaliknya, penyanyi yang dikenali dengan nama Indah Ruhaila berkata, tindakan itu adalah sebagai satu pembaharuan dan percubaan yang dilakukan untuk tampil lebih segar dalam industri hiburan.

Beliau berkata, memang tidak dinafikan tindakannya memotong rambut pendek dianggap terlalu drastik serta mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya.

Bagaimanapun, setiap maklum balas daripada pendapat adalah sokongan tanpa jemu dan pemangkin semangat untuk dia meneruskan kerjaya seninya, jauh sekali membunuh semangatnya untuk terus merencana kerjaya seninya.

"Saya terfikir untuk menukar imej saya kerana sepanjang 27 tahun, saya belum pernah memotong rambut sependek ini. Lagipun saya hanya memotong rambut pendek saja dan bukan menukar jantina.

Indah Ruhaila yang tampil dengan imej berambut pendek. - Foto Munira Abdul Ghani
Indah Ruhaila yang tampil dengan imej berambut pendek. - Foto Munira Abdul Ghani

"Keluarga serta tunang saya juga tidak menghalang niat saya untuk berambut pendek namun ada antara keluarga yang tidak bersetuju dengan keputusan saya ini. Malah ada yang menanyakan sama ada saya hendak menjadi 'pengkid' dengan imej sebegini.

"Jika saya 'pengkid' takkan saya... (sambil menunjukkan cincin). Jadi sebagai seorang artis kita memang tidak boleh hendak puaskan hati semua pihak," kata Indah kepada BH Plus.

Sementara itu, Indah turut menafikan dakwaan yang dia dianak tirikan oleh pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kerana dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

Pelantun lagu Percayalah itu berkata isu terbabit timbul kerana apabila laman akaun Instagram milik portal AESB tidak menyenaraikan namanya sebagai salah seorang barisan artis yang diberikan sokongan menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL).

Indah Ruhaila. - Foto Munira Abdul Ghani
Indah Ruhaila. - Foto Munira Abdul Ghani

"Saya tak rasa saya diri saya dipinggirkan tetapi mungkin mereka di luar sana merasakan 'concern' terhadap diri saya. Ia bermula apabila akaun Instagram Astro Gempak tidak menyenaraikan nama saya dalam sekeping gambar yang dimuat naik untuk mengucapkan semoga berjaya kepada bintang AF yang bersaing dalam AJL lalu.

"Ramai peminat yang marah dan menanyakan hal itu kepada saya namun bagi saya ia bukannya isu begitu besar buat serta tidak mahu terlalu fikirkan mengenai perkara ini dan adalah lebih baik saya fokus kepada langkah seterusnya dalam kerjaya saya," kata Indah mengakhiri perbualan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X