Selasa, 2 September 2014 | 7:49pm
MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) turut membaca surah Yassin selepas kematian bapanya, Abdul Rahman Mohammad di kediaman rasmi beliau di Seri Iman di sini, malam ini. - Foto Rozainah Zakaria

Bapa MB Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Bapa Menteri Besar Terengganu, Abd Rahman Mohammad meninggal dunia petang tadi pada usia 86 tahun.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Kediaman Sri Iman di sini, kerana sakit paru-paru.

Allahyarham meninggal jam 6.15 petang dengan seluruh ahli keluarga berada di sampingnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Allahyarham yang memiliki sembilan anak akan dikebumikan jam 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Seberang Takir.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X