Isnin, 16 March 2015 | 12:05pm

F1: Ferrari perlu kekal momentum di GP Malaysia - Vettel

AKSI Sebastian Vettel bersama jentera Ferrari ketika perlumbaan GP Australia di Melbourne. - Foto AFP
AKSI Sebastian Vettel bersama jentera Ferrari ketika perlumbaan GP Australia di Melbourne. - Foto AFP

MELBOURNE: Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel enggan dibuai dengan kemampuan Ferrari menamatkan perlumbaan Grand Prix Australia di kedudukan ketiga dan menyifatkan tugasnya baharu bermula.

Sekalipun gembira dengan kejayaan sulung bersama Ferrari selepas berhijrah dari Red Bull tahun ini, bagi pelumba kelahiran Jerman itu berkata kerja berat ketika ini adalah untuk memastikan ia bukan sekadar kejayaan sementara.

Dua pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg meneruskan penguasaan mereka musim ini dengan menduduki dua podium teratas di Australia.

Begitupun, kemampuan untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium satu peningkatan besar buat Ferrari yang sebelum ini bergelut dan menamatkan saingan 2014 di tempat keempat kategori pengeluar di belakang Mercedes, Red Bull dan Williams.

PELUMBA pasukan Ferrari, Sebastian Vettel meraikan kejayaannya menamatkan perlumbaan GP Australia di kedudukan ketiga, semalam. - Foto Reuters
PELUMBA pasukan Ferrari, Sebastian Vettel meraikan kejayaannya menamatkan perlumbaan GP Australia di kedudukan ketiga, semalam. - Foto Reuters

"Jika kamu melihat kepada jurangnya, ia tidak akan begitu mudah," kata Vettel. "Saya fikir kami perlu fokus kepada diri kami, memastikan apa yang kami belajar pada minggu ini mampu untuk dibawa ke perlumbaan seterusnya.

"Kami perlu memastikan perkara itu pada perlumbaan selepas ini di Malaysia, ia menjadi keutamaan nombor satu kami, jadi kami perlu memastikan ia kejayaan sekali sekala. Kami perlu terus meningkat. Agak malang Kimi (Raikkonen) tidak menamatkan perlumbaan. Jika tidak kita boleh mendapat lebih mata perlumbaan," katanya.

Raikkonen terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal pada pusingan ke-42 sejurus melakukan hentian pit keduanya apabila tayar kiri belakang jenteranya tidak dipasang dengan betul. - AFP

Berita Harian X