Sabtu, 21 March 2015 | 11:01am

Niaga hadapan KLCI dijangka tinggi minggu depan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan (FKLI) FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka bergerak sejajar dengan pasaran tunai minggu depan.

Peniaga berkata, indeks FBM KLCI dijangka tinggi minggu depan, didorong oleh belian di kaunter-kaunter wajaran tinggi.

Beliau berkata, FBM KLCI dijangka menyaksikan lebih banyak pengumpulan dan tekanan belian yang sederhana hampir kepada paras 1,800 sebelum pulih.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan Mac 2015 meningkat 40.5 mata kepada 1,812.5, April 2015 menokok 38.5 mata kepada 1,809.5, Jun 2015 menambah 33 mata kepada 1,803 dan September 2015 naik 32 mata kepada 1,798.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini naik kepada 39,968 lot daripada 37,496 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,466 kontrak daripada 45,005 kontrak sebelum ini.

Bagi minggu baru berakhir, penanda aras FBM KLCI susut 5.48 mata kepada 1,803.65 pada Jumaat.

- BERNAMA

Berita Harian X