Isnin, 23 March 2015 | 1:58pm
PEMAIN muay thai dari New Zealand, Genah Fabian.
PEMAIN muay thai dari New Zealand, Genah Fabian.

Lynn Alkhaired anjur Seminar Muay Thai

KUALA LUMPUR: Bekas aktres, Sharifah Haslinda atau kini lebih mahu dikenali dengan nama Lynn Alkhaired sudah berhenti berlakon kira-kira 10 tahun kini lebih menumpukan perhatian kepada rumah tangganya.

Perkahwinannya bersama Datuk dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Selain rumah tangga, Lynn juga aktif dalam bidang kecergasan seperti Sharifah Sakinah. Malah beliau sebenarnya meminati dunia kecergasan sejak kecil lagi. Sekitar 1989, Lynn sudah berjinak-jinak ke gim selain pernah membuka gim selama lima tahun.

Sejak setahun lalu, Lynn membuka Muayfit Fitness Sdn Bhd beroperasi di Ritze Perdana Commercial Centre, Damansara Perdana (www.muayfit.com).

Pada 27 Mac ini Lynn turut menganjurkan seminar muayfit dengan mengundang pemain muay thai dari New Zealand bernama Genah Fabian.

"Sesiapa yang sukakan bidang kecergasan dan muay thai dialu-alukan untuk menyertainya.

"Bayaran sekepala hanya RM100. Genah memang aktif dalam sukan muay thai dan tinju. Boleh hubungi talian 03-77339739 atau 03-77339913 untuk urusan lanjut.

"Saya memang sudah lama menanti peluang untuk mendekati Genah kerana cara senaman dia cukup mengujakan.

"Dapat tahu dia akan datang ke KL, saya curi peluang ini. Tapi saya tak mahu berkongsinya seorang diri dan sebab itu saya ajak sesiapa yang berminat untuk turut serta," kata kakak kepada Sharifah Sakinah ini.

Seminar itu akan diadakan dari petang hingga ke malam.

Berita Harian X