Rabu, 3 September 2014 | 5:29pm
GAMBAR fail Presiden Russia, Vladimir Putin, pada sidang media selepas perbincangan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko di Minsk, Belarus pada 27 Ogos lalu. - Foto AFP

Russia setuju usaha damai Ukraine, bukan gencatan senjata - Kremlin

MOSCOW: Kremlin menyatakan hari ini bahawa Presiden Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, bersetuju dengan langkah bagi membawa keamanan di timur Ukraine tetapi Moscow dan Kiev tidak mencapai persetujuan gencatan senjata kerana Russia bukan pihak yang terbabit dalam konflik itu.

Pejabat media Poroshenko, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Moscow dan Kiev sudah bersetuju dengan "gencatan senjata kekal" di wilayah Donbass di timur Ukraine.

Agensi berita Russian, RIA, memetik Setiausaha Akhbar Putin, Dmitry Peskov, sebagai berkata:

"Putin dan Poroshenko benar-benar membincangkan langkah yang akan menyumbang kepada gencatan senjata antara puak militia dan tentera Ukraine. Russia tidak boleh bersetuju kepada gencatan senjata kerana ia bukan pihak yang terbabit dalam konflik itu." - Reuters

Berita Harian X