Selasa, 12 Ogos 2014 | 8:02pm
PELAKON dan pelawak, Robin Williams hari ini dilaporkan meninggal dunia akibat bunuh diri. Beliau berusia 63. Gambar fail tahun 1978 (kanan) dikeluarkan oleh ABC, pelakon Robin Williams pada set pengambaran beliau mula dikenali ramai melalui rancangan "Mork dan Mindy." - Foto AP/REUTERS

Bintang komedi, Robin Williams ditemui mati di kediamannya

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak, Robin Williams ditemui mati di kediamannya hari ini di utara California dipercayai akibat bunuh diri, kata syerif Marin County.

Mendiang berusia 63 tahun.

Bahagian koroner syerif berkata, pihaknya mengesyaki kematian berpunca akibat bunuh diri berkaitan 'asphyxia' atau lemas tetapi punca kematian masih disiasat.

Media Amerika Syarikat melaporkan, pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan.

Mendiang yang dianggap salah seorang penghibur paling diminati di Amerika Syarikat, Williams mulai mencipta nama menerusi sitcom televisyen "Mork & Mindy".

Williams kemudiannya beralih ke layar perak termasuk membintangi filem 1987 bertajuk "Good Morning Vietnam", diikuti pada 1989 "Dead Poets Society" dan 1997 "Good Will Hunting" yang membolehkannya meraih anugerah Oscar bagi kategori pelakon pembantu terbaik. - Agensi

Berita Harian X