Selasa, 7 April 2015 | 11:37am

Empat suspek ditahan disyaki terbabit edar dadah

SUBANG JAYA: Dua pasangan kekasih termasuk seorang penjawat awam ditahan selepas disyaki didapati terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja dalam serbuan berasingan, di USJ 14, Jumaat lalu.

Serbuan pada jam 12.10 tengah malam itu, suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan di Good Year Court 9, USJ 14 dan di sebuah pangsapuri di tempat tinggal mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata pemeriksaan terhadap badan suspek, kita menemui satu gram ganja yang disembunyikan di dalam kotak rokok.

"Suspek kemudian membawa polis ke sebuah pangsapuri sebelum merampas satu ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 882 gram, satu plastik lut sinar (306 gram) dan satu plastik lut sinar berwarna biru 236.5 gram.

"Kita percaya suspek menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Subang," katanya pada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita Harian X