Jumaat, 10 April 2015 | 12:10am
PENGERUSI Rukun Tetangga Pasar Raja Bot, Abd Rashid Hamid. - Foto Abdullah Yusof
PENGERUSI Rukun Tetangga Pasar Raja Bot, Abd Rashid Hamid. - Foto Abdullah Yusof
KEADAAN di Pasar Raja Bot yang kotor. - Foto Abdullah Yusof
KEADAAN di Pasar Raja Bot yang kotor. - Foto Abdullah Yusof
TIKUS mudah membiak terutama jika mempunyai tiga asas iaitu makanan , air dan tempat berlindung. - Foto Abdullah Yusof
TIKUS mudah membiak terutama jika mempunyai tiga asas iaitu makanan , air dan tempat berlindung. - Foto Abdullah Yusof
SEEKOR tikus betina dewasa mampu melahirkan anak antara enam hingga 12 ekor dalam tempoh hanya 28 hari. - Foto Abdullah Yusof
SEEKOR tikus betina dewasa mampu melahirkan anak antara enam hingga 12 ekor dalam tempoh hanya 28 hari. - Foto Abdullah Yusof

KL diancam tikus


KUALA LUMPUR: Makanan sudah terhidang di depan mata, namun suapan pertama tidak menjadi kerana selera terbantut selepas ternampak beberapa ekor tikus melintas di restoran yang selalu dikunjunginya.

Itu pengalaman pertama jurujual kenderaan terpakai, Kamarul Ibrahim, 30, apabila ternampak tikus walaupun hampir setiap minggu beliau menjamu selera di restoran yang terletak di medan selera di ibu kota.

SAMPAH yang dibuang oleh peniaga Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof
SAMPAH yang dibuang oleh peniaga Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof

"Saya pernah dengar kisah rakan jumpa tikus di restoran tapi tak ambil kisah sebab lihat keadaan kedai agak bersih. Selepas ini, saya tidak akan makan lagi di situ dek ternampak 'cik ti'," katanya ketika ditemui BH.

Masyarakat pasti tidak selesa dengan kehadiran tikus berikutan kaitan haiwan perosak itu dengan beberapa kes kematian yang berpunca daripada penyakit kencing tikus atau leptospirosis.

Hakikat yang perlu difahami, tikus mudah membiak terutama jika mempunyai tiga asas sempurna iaitu punca makanan termasuk sisa makanan terbuang, air dan tempat berlindung.

 ANCAMAN tikus di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof
ANCAMAN tikus di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof

Malah, tikus betina dewasa yang sihat mampu melahirkan anak antara enam hingga 12 ekor dalam tempoh hanya 28 hari!

Malah, jangka waktu subur bagi tikus betina dewasa hanya selepas kira-kira lima atau enam jam sesudah melahirkan anak. Dengan tempoh jangka hayat tikus antara setahun hingga empat tahun, adalah perlu bagi semua pihak mengambil serius usaha menghapuskan tikus serta meningkatkan kebersihan.

Menjejak populasi tikus di ibu negara, BH melakukan beberapa siri tinjauan pada waktu malam di belakang restoran, selain Pasar Chow Kit yang juga dikenali sebagai Pasar Raja Bot.

SEMUA pihak mengambil serius usaha menghapuskan tikus serta meningkatkan kebersihan. - Foto Abdullah Yusof
SEMUA pihak mengambil serius usaha menghapuskan tikus serta meningkatkan kebersihan. - Foto Abdullah Yusof

Tidak sukar sebenarnya `menjejaki' tetamu tidak diundang ini kerana tikus tertumpu di kawasan sekitar tong sampah yang memuatkan sisa buangan ayam, ikan dan sisa makanan lain.

Tong sampah yang dibiarkan terbuka, seolah-olah seperti menjamu spesies tikus di Pasar Raja Bot, sekali gus menjadi antara penyebab kepada peningkatan populasi tikus terutama di pasar harian.

Dalam satu senario lain, seorang eksekutif jualan dan beberapa rakannya ke sebuah restoran di sini, minggu lalu, untuk menikmati makan malam tetapi terkejut apabila melihat dua ekor tikus melintas di celah kaki mereka.

KEADAAN di sekitar Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof
KEADAAN di sekitar Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof

Tanpa sempat membuat pesanan, eksekutif berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Azral, berusia lewat 30-an, kemudian memaklumkan perkara itu kepada pemilik restoran sebelum beredar meninggalkan premis berkenaan.

Pengerusi Rukun Tetangga Pasar Raja Bot, Abdul Rashid Hamid, berkata tikus menjadi ancaman utama peniaga di pasar itu walaupun pelbagai usaha dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peniaga termasuk kerja pembersihan.

TIKUS berkeliaran di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof
TIKUS berkeliaran di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur. - Foto Abdullah Yusof

"Masalah tikus ini memang sentiasa ada walaupun kita lihat DBKL kerap membuat pemantauan dan operasi dari semasa ke semasa. Malah, saya pernah ternampak tikus sebesar ayam daging.

"Sebab itu, peniaga sentiasa diingatkan tidak sewenang-wenangnya membuang sisa seperti ikan busuk, bangkai ayam dan sisa makanan lain ke longkang," katanya yang sudah lebih 30 tahun berniaga di kawasan itu.

IKUTI OPERASI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) BAGI MENGHAPUSKAN PEMBIAKAN TIKUS DI IBU NEGARA DALAM BH PLUS ESOK.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X