Selasa, 14 April 2015 | 1:28pm
PENYANYI pop sensasi, Madonna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menerpa ke arah penyanyi Drake. - Foto Fashionstyle

Madonna terpa, cium Drake

KUALA LUMPUR : Penyanyi pop sensasi, Madonna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menerpa ke arah penyanyi Drake dan menciumnya untuk tempoh beberapa saat di Festival Coachella di California, semalam.

Namun, tindakan Madonna itu mengundang tepukan gemuruh daripada peminat biarpun terkejut dengan tindakannya itu. Drake yang turut tidak menyangka kejadian itu, kelihatan kurang senang dengan aksi Madonna yang jauh lebih berusia daripadanya.

Aksi itu berlaku apabila Madonna secara tiba-tiba datang ke arah Drake yang sedang duduk menunggu giliran untuk menyanyi, lantas mencium bibir bekas teman lelaki Rihanna itu.

Madonna juga dikatakan sudah lama menyimpan keinginan untuk mencium pelantun lagu Human Nature itu sebelum meninggal dunia.

Ada peminat menyindir pedas Madonna yang hakikatnya sudah layak digelar nenek itu tidak sepatutnya berkelakuan kurang manis dan tanpa berfikir panjang di hadapan khalayak ramai.

Malah Madonna juga sebelum ini pernah mengejutkan ramai pihak dengan mencium Britney Spears sewaktu membuat persembahan bersama penyanyi muda itu. Ada yang menganggap tindakan Madonna ini adalah salah satu rahsianya kekal awet muda.

Terdahulu, penyanyi berusia 56 tahun itu menjadi bualan hangat apabila tiba-tiba terjatuh ketika sedang beraksi membuat persembahan di acara BRIT Awards di London sekitar Februari lalu.

Berita Harian X