Sabtu, 18 April 2015 | 12:53am
PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg. - Foto AFP

GP Bahrain: Rosberg terpantas atasi Hamilton sesi latihan ke-2

SAKHIR: Nico Rosberg merakamkan masa terpantas mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton dalam sesi latihan bebas kedua, Jumaat menjelang perlumbaan Grand Prix Bahrain, hujung minggu ini.

Rosberg yang memburu gelaran pertama Formula Satu (F1), musim ini merakamkan catatan sepusingan 1 minit, 34.647 saat - meletakkannya .115 lebih pantas daripada juara bertahan, Hamilton yang memenangi dua daripada perlumbaan pertama, tahun ini.

Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen mendapat tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan, Sebastian Vettel. Kedua-dua berada lebih setengah saat belakang Rosberg.

Raikkonen merakamkan catatan terpantas pada sesi pertama mengatasi Vettel. - AFP

INFO

Keputusan sesi latihan bebas kedua GP Bahrain

1 Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:34.647

2 Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:34.762

3 Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:35.174

4 Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:35.277

5 Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:35.280

6 Daniel Ricciardo (Australia) RedBull - Renault 1:35.449

7 Pastor Maldonado (Venezuela) Lotus - Mercedes 1:35.474

8 Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:35.793

9 Daniil Kvyat (Russia) RedBull - Renault 1:35.883

10 Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:35.884

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X