Jumaat, 24 April 2015 | 12:14pm

Tidak laksana hudud bukan tolak Islam - JAKIM

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu menolak Islam sekiranya tidak melaksanakan hukum hudud berikutan negara ini sudah melaksanakan hukum takzir dalam perundangannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha menjelaskan demikian ketika ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak mendokong Islam apabila tidak melaksanakan hukum hudud.

"Walaupun negara belum melaksanakan hukum hudud, kita sudah pun melaksanakan hukum takzir di dalam undang-undang yang juga adalah antara kaedah perundangan Islam.

"Pandangan yang mengatakan kerajaan atau negara ini tidak Islam adalah tidak tepat," katanya dalam sidang media pada Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan 2015 di sini, hari ini.

Berita Harian X