Isnin, 8 September 2014 | 12:45pm

Lelaki maut dan rakan parah kereta terjunam dalam terusan

Anggota bomba memeriksa mayat mangsa kemalangan selepas dibawa keluar dari terusan berhampiran Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. - Foto Bomba
Anggota bomba memeriksa mayat mangsa kemalangan selepas dibawa keluar dari terusan berhampiran Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. - Foto Bomba

ARAU: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas PERODUA Kancil dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam terusan berhampiran kilometer 20 Jalan Changlun-Kuala Perlis, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi menyebabkan mangsa, 29, yang berasal dari Taman Sentosa di Kuala Perlis maut di tempat kejadian.

Difahamkan mayat mangsa ditemui pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian selepas dipercayai dihanyutkan arus terusan dengan kedalaman kira-kira dua meter itu.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Berita Harian X