Selasa, 9 September 2014 | 7:49am
PEGAWAI polis khas Chile berkawal di pintu masuk Escuela Militar (Sekolah Tentera) stesen metro di Santiago. Sebutir bom meletup di kawasan gerai makanan dalam stesen kereta api metro Santiago menyebabkan tujuh orang cedera, hari ini. Seorang wanita cedera dan kehilangan anggota badannya manakala sekurang-kurangnya enam orang lain, kata pegawai perubatan. - Foto AFP

7 cedera, letupan bom di stesen kereta api metro Chile

SANTIAGO: Sebutir bom meletup di kawasan gerai makanan dalam stesen kereta api metro Santiago menyebabkan tujuh orang cedera, hari ini.

Kerajaan negara itu menyifatkan perbuatan itu sebagai "tindakan pengganas".

Pegawai berkata, bom berkenaan meletup ketika waktu makan tengah hari di stesen Escuela Militar (sekolah tentera).

Katanya, bom terbabit diperbuat menggunakan alat pemadam api dan sebuah jam yang diletakkan di dalam tong sampah.

"Kejadian ini memang dahsyat. Seorang wanita tertiarap di atas lantai manakala pelanggan melarikan diri tanpa membuat bayaran dan meninggalkan makanan yang dihidangkan," kata

seorang pekerja restoran, Rosa Valdes. - AFP

Berita Harian X