Selasa, 12 Mei 2015 | 12:02am
PEREKA Fesyen, Rula Jneid pada pertunjukan fesyen 'Malaysia International Modern Wellness Exhibition' di The Mines. - Foto Adi Safri
REKAAN menampilkan konsep suai padan yang mampu menyerlahkan interpretasi kreatif. - Foto Adi Safri
KEINDAHAN rekaan dapat dilihat dengan motif flora dan futuristik. - Foto Adi Safri
PERSALINAN ringkas sesuai ke pejabat mahu pun keluar bersantai. - Foto Adi Safri
REKAAN tidak terhad untuk sesuatu majlis saja dan boleh disesuaikan dengan pakaian lain. - Foto Adi Safri
MODEL memperagakan fesyen moden pada program 'Malaysia International Modern Wellness Exhibition' di The Mines. - Foto Adi Safri
WANITA menginginkan gaya korporat untuk ke pejabat yang menyerlahkan keyakinan diri. - Foto Adi Safri
PEREKA Fesyen, Rula Jneid. - Foto Adi Safri

Busana tutup aurat sentuhan Rula Jneid


MODEL memperagakan fesyen moden pada program 'Malaysia International Modern Wellness Exhibition' di The Mines. - Foto Adi Safri

ANGGUN dan mempesonakan. Busana Muslimah bukan saja menampilkan gaya feminin tetapi membuatkan wanita selesa kerana rekaannya yang mengetengahkan nilai ketimuran.

Busana bukan saja pelengkap gaya, malah hari ini, kebanyakan rekaan menampilkan konsep suai padan yang mampu menyerlahkan interpretasi kreatif memenuhi tuntutan kewajipan menutup aurat.

Menggunakan fabrik yang tidak jarang, tidak panas dan berkualiti, Rayannes Design yang diilhamkan oleh Rula Jneid, 35, memberi nafas baharu kepada penggemar busana Muslimah.

Wanita kelahiran Perth, Australia ini mengambil masa dua tahun untuk bergiat dalam fesyen Muslimah sebelum mengorak langkah ke negara ini untuk memperluaskan pasaran rekaannya.

Ibu kepada empat cahaya mata ini diberikan kepercayaan mengetengahkan 15 persalinan fesyen sempena International Modern Wellness Exhibition (IMWE), yang berlangsung di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini.


ANGGUN dan mempesonakan fesyen moden pada program 'Malaysia International Modern Wellness Exhibition' di The Mines - Foto Adi Safri

Fesyen longgar dan sofistikated menjadikan wanita tampil dengan persalinan ringkas sesuai ke pejabat mahu pun keluar bersantai.

Gaya sopan menerusi padanan skirt labuh, material daripada warna lembut memberikan impak feminin, moden dan menyerlahkan keindahan motif flora serta futuristik.

Jneid berkata, beliau menghasilkan rekaan bagi mereka yang menginginkan busana yang menutup aurat, tidak jarang dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi.

Mengetengahkan rekaan moden, bergaya dengan nilai komersial sambil menyelitkan unsur warisan Islam, keindahan rekaan dapat dilihat dengan motif flora dan futuristik.

Rekaan itu juga memberi inspirasi kepada wanita bukan Islam untuk memakai busana Muslimah kerana ia ringkas dan anggun.


RULA Jneid memberi nafas baharu kepada penggemar busana Muslimah. - Foto Adi Safri

"Sudah pasti wanita menginginkan gaya korporat untuk ke pejabat yang menyerlahkan keyakinan diri daripada hujung kaki hingga kepada pemilihan tudung. Cita rasa moden ini membuatkan pemakai selesa. Uniknya, rekaan tidak terhad untuk sesuatu majlis saja dan boleh disesuaikan dengan pakaian lain," katanya.

Membawa label Rayannes Design Malaysia, rekaan meliputi jubah, palazo, blaus, jaket, tudung, selendang dan aksesori, termasuk beg tangan.

Jneid berkata, beliau tidak melihat kecenderungan lambakan busana Muslimah menggugat koleksinya, sebaliknya yakin ia mampu mencuri tumpuan sama ada di Malaysia mahu pun di negara lain.

"Saya masih baharu di Malaysia dan mengkaji aliran fesyen Muslimah di sini. Namun dari segi rekaan, saya yakin label saya ini boleh digayakan kerana menyediakan pelbagai saiz.

"Setiap minggu rekaan baharu diperkenalkan untuk memberi kelainan. Kita sudah bersedia untuk pasaran Aidilfitri," katanya.

29 dibaca
Berita Harian X