Rabu, 13 Mei 2015 | 5:59pm
BINTANG Paling Popular ABPBH 2014, Shaheizy Sam bersama kereta Toyota Camry Hybrid yang di menanginya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 di Pusat Jualan UMW Toyota Motor. - Foto Munira Abdul Ghani

Shaheizy Sam pandu pulang Camry 2.5L hadiah ABPBH 2014

[email protected]

TIMBALAN Pengarang Kumpulan BH, Badrul Hisham Othman (kiri), Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki (tengah) menyampaikan hadiah kepada Bintang Paling Popular ABPBH 2014, Shaheizy Sam yang memenangi kereta Toyota Camry Hybrid pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 di Pusat Jualan UMW Toyota Motor. - Foto Munira Abdul Ghani

SUBANG JAYA: Penantian Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014, Shaheizy Sam membawa pulang kereta Toyota Camry 2.5L Hybrid sebagai hadiah kemenangannya itu terlaksana semalam.

Hadiah disampaikan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki dengan disaksikan Timbalan Pengarang Kumpulan BH merangkap Penasihat 1 ABPBH 2014, Badrul Hisham Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

Diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada acara kemuncak yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada 5 April lalu dengan undian peminat sebanyak 265,703 melayakkan Sam membawa pulang kereta itu.

Pada majlis sama, pegawai Jabatan Meteorologi Cameron Highlands, Md Yusof Saari, 29, membawa pulang sebuah kereta Toyota Vios 1.5J (AT) selepas diumumkan sebagai pemenang utama kategori pembaca.

Berbekalkan slogan yang menarik bertemakan cinta dan menepati kriteria yang menambat hati juri pertandingan, Md Yusof dipilih untuk membawa pulang hadiah utama itu yang bernilai lebih RM78,000.

Berita Harian X