Khamis, 14 Mei 2015 | 7:08pm

LHDN terima 2,760,930 borang nyata cukai pendapatan menerusi e-Filing

PONTIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 2,760,930 borang nyata cukai pendapatan pelbagai kategori melalui kaedah e-Filing sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 9.85 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 2,513,421 borang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat Khidmat Hasil (PKH) di Pusat Perdagangan Pontian, di sini, hari ini, beliau berkata, penalti lewat akan dikenakan kepada mereka yang menghantar Borang BE selepas esok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata pihaknya menjangkakan pembayar cukai yang menggunakan e-Filing akan melebihi sasaran iaitu melebihi empat juta berdasarkan momentum sekarang. - BERNAMA

Berita Harian X