Sabtu, 23 Mei 2015 | 12:11am
SEBANYAK 296,931 kes jangkitan virus malware untuk tujuan penipuan. - Foto NSTP
BUKTI contoh log 124,000 serangan siber dalam masa dua hari terhadap sebuah pusat pelayan data hujung April lalu. -Foto E-mel

Malaysia sasaran serangan 365,486 botnet


KUALA LUMPUR: Sebanyak 365,486 rangkaian robot server komputer yang berhubung antara satu sama lain dalam internet dikesan berada dalam sistem rangkaian komputer negara dan bersedia menjadikan Malaysia sebagai sasaran serangan.

Robot server yang dikenali sebagai 'botnet' - gabungan bagi robot networking - bukan sahaja mampu menggodam, malah boleh mengambil alih rangkaian komputer di negara ini, seterusnya menceroboh sistem perbankan dan pertahanan negara.


MENJEJAK serangan penggodam siber. - Foto NSTP

Naib Presiden Khidmat Tindak Balas, CyberSecurity Malaysia (CSM), Dr Aswami Ariffin, ketika mendedahkannya berkata, botnet menerima arahan daripada pihak asing di luar negara untuk menggodam rangkaian komputer negara dan menyerang kepentingan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, CSM sudah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan sistem pertahanan CyberDef bagi mengesan dan membuang sebarang malware, iaitu virus berbahaya yang menyerang komputer, berikutan pendedahan BH berhubung serangan siber, dua minggu lalu.


ANTARA serangan siber yang dapat dikesan. - Foto NSTP

Katanya, berdasarkan statistik tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 296,931 kes jangkitan virus malware, 94,297 kes godam menerusi e-mel untuk tujuan penipuan dan 3,827 kes gangguan terhadap sistem dikesan.

"Ancaman paling serius seperti didedahkan pakar pembangun sistem, Abdul Hamid Yeop Zainuddin adalah serangan siber bukan sekadar mengintip tetapi merekrut dan mengambil alih server komputer di negara ini, sekali gus menjadikannya sebagai botnet yang menerima arahan daripada pihak asing di luar negara.

"Secara teknikal, tidak mustahil sistem negara boleh lumpuh dalam sesaat jika botnet ini melancarkan serangan siber mereka khususnya terhadap 10 sektor kritikal negara.

"Contoh serangan ialah memindahkan wang atau melumpuhkan aset pertahanan negara, seperti dilakukan oleh Carbanak Cybergang dalam serangan siber di beberapa negara Eropah baru-baru ini," katanya kepada BH semalam.


PENGGODAM siber menggunakan pelbagai cara untuk menceroboh. - Foto NSTP

Katanya, CyberDef yang dilancarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semalam, berupaya menjalankan siasatan forensik digital secara berkesan bagi mengesan siapa dalang yang menggunakan malware untuk pendakwaan.

Aswami berkata, walaupun teknologi berkenaan sudah dipelopori Abdul Hamid sejak 15 tahun lalu, ia berupaya menangani sebarang bentuk ancaman siber baharu seperti Advanced Persistent Threat.

"Negara memerlukan satu pusat sehenti yang menyelaras semua keselamatan syarikat pengendali telekomunikasi mengikut satu standard membabitkan proses, teknologi dan manusia seperti diamalkan di United Kingdom dan Australia.


BOTNET menerima arahan dari pihak asing di luar. - Foto NSTP

"Dengan adanya pusat sehenti, selain `firewall' di setiap pintu masuk negara, kita berupaya menangkis semua serangan pada peringkat awal," katanya yang mengalu-alukan semua cadangan dan nasihat pakar bagi mengukuhkan pertahanan siber negara.

Beliau berkata, cabaran utama CSM selepas ini ialah melaksanakan pembersihan beratus ribu botnet dan ia mustahil dapat dilakukan tanpa kesedaran serta kerjasama semua pihak terutama agensi dan pemilik server komputer.

Sebanyak 365,486 rangkaian robot server komputer yang berhubung antara satu sama lain dalam internet dikesan berada dalam sistem rangkaian komputer negara dan bersedia menjadikan Malaysia sebagai sasaran serangan.


SERANGAN botnet boleh mengambil alih rangkaian komputer di sesebuah negara. - Foto NSTP

Robot server yang dikenali sebagai 'botnet' - gabungan bagi robot networking - bukan sahaja mampu menggodam, malah boleh mengambil alih rangkaian komputer di negara ini, seterusnya menceroboh sistem perbankan dan pertahanan negara.

Naib Presiden Khidmat Tindak Balas, CyberSecurity Malaysia (CSM), Dr Aswami Ariffin, ketika mendedahkannya berkata, botnet menerima arahan daripada pihak asing di luar negara untuk menggodam rangkaian komputer negara dan menyerang kepentingan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, CSM sudah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan sistem pertahanan CyberDef bagi mengesan dan membuang sebarang malware, iaitu virus berbahaya yang menyerang komputer, berikutan pendedahan BH berhubung serangan siber, dua minggu lalu.

Katanya, berdasarkan statistik tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 296,931 kes jangkitan virus malware, 94,297 kes godam menerusi e-mel untuk tujuan penipuan dan 3,827 kes gangguan terhadap sistem dikesan.

"Ancaman paling serius seperti didedahkan pakar pembangun sistem, Abdul Hamid Yeop Zainuddin adalah serangan siber bukan sekadar mengintip tetapi merekrut dan mengambil alih server komputer di negara ini, sekali gus menjadikannya sebagai botnet yang menerima arahan daripada pihak asing di luar negara.

"Secara teknikal, tidak mustahil sistem negara boleh lumpuh dalam sesaat jika botnet ini melancarkan serangan siber mereka khususnya terhadap 10 sektor kritikal negara.

"Contoh serangan ialah memindahkan wang atau melumpuhkan aset pertahanan negara, seperti dilakukan oleh Carbanak Cybergang dalam serangan siber di beberapa negara Eropah baru-baru ini," katanya kepada BH semalam.

Katanya, CyberDef yang dilancarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semalam, berupaya menjalankan siasatan forensik digital secara berkesan bagi mengesan siapa dalang yang menggunakan malware untuk pendakwaan.

Aswami berkata, walaupun teknologi berkenaan sudah dipelopori Abdul Hamid sejak 15 tahun lalu, ia berupaya menangani sebarang bentuk ancaman siber baharu seperti Advanced Persistent Threat.

"Negara memerlukan satu pusat sehenti yang menyelaras semua keselamatan syarikat pengendali telekomunikasi mengikut satu standard membabitkan proses, teknologi dan manusia seperti diamalkan di United Kingdom dan Australia.

"Dengan adanya pusat sehenti, selain `firewall' di setiap pintu masuk negara, kita berupaya menangkis semua serangan pada peringkat awal," katanya yang mengalu-alukan semua cadangan dan nasihat pakar bagi mengukuhkan pertahanan siber negara.

Beliau berkata, cabaran utama CSM selepas ini ialah melaksanakan pembersihan beratus ribu botnet dan ia mustahil dapat dilakukan tanpa kesedaran serta kerjasama semua pihak terutama agensi dan pemilik server komputer.

Berita Harian X