Jumaat, 29 Mei 2015 | 12:01am
LANGKAH kelapan membentuk pipi dengan pemerah pipi L'oreal. - Foto Rohanis Shukri
LANGKAH ketujuh, mencantikkan bulu kening. - Foto Rohanis Shukri
LANGKAH kelima, solekan mata. - Foto Rohanis Shukri
JURUSOLEK L'oreal Paris, Sri Sharma Kumar. - Foto Rohanis Shukri

Solekan siang dan malam


BARANGAN kecantikan digunakan oleh Jurusolek L'oreal, Sri Sharma Kumar untuk solekan seharian. - Foto Rohanis Shukri

KALAU ditanya mengenai beza solekan siang dan malam, sudah pasti jawapannya pemilihan warna lebih terang dan sedikit tebal daripada biasa.

Eksekutif Latihan dan Jurusolek Artis L'Oreal, Sri Sharma Kumar Suresh, berkata untuk solekan malam, pemilihan bedak asas dan bedak boleh menggunakan tona yang lebih cerah daripada kulit.

Katanya, pilih warna yang lebih terang untuk memberikan kesan lebih dramatik dan memberikan kesegaran.

"Kalau anda memilih merah jambu lembut untuk siang, biaskan dengan pengilat bibir lebih terang untuk malam. Begitu juga bahagian mata, sapuan maskara boleh lebih tebal," katanya.

Gaya solekan ditampilkan Sharma ini hanya mengambil masa 20 minit untuk disiapkan. Selamat mencuba.

(Terima kasih: L'Oreal dan Model, Salocha Apdun Akhbar)


MODEL, Salocha sebelum dan selepas disolek menggunakan produk L'oreal. - Foto Rohanis Shukri

Teknik solekan:

1. Pastikan wajah berada dalam kesan bersih tanpa solekan. Ratakan muka dengan krim asas ikut jenis kulit anda. Rumusan produk ini membantu memelihara kelembapan kulit. Ratakan menggunakan jari.


LANGKAH pertama, sapuan krim asas L'oreal. - Foto Rohanis Shukri.

2. Ratakan bedak asas pada wajah, bibir hingga ke leher. Ia berperanan sebagai penyamar noda. Ratakan menggunakan span untuk hasil sempurna. Pemilihan rona bedak asas ikut warna kulit, atau pilih yang lebih cerah sedikit daripada kecerahan wajah.


LANGKAH ketiga, sapukan bedak asas L'oreal. - Foto Rohanis Shukri.

3. Ratakan bedak halus pada seluruh wajah termasuk leher. Warna seharusnya sama dengan ton bedak asas. Gunakan berus untuk hasil lebih sekata.


LANGKAH keempat, solekan mata. - Rohanis Shukri.

4. Ratakan pensel mata berwarna perak pada penjuru mata untuk membentuk ilusi mata lebih besar.

5. Biaskan dengan pensel mata berwarna hitam untuk kesan mata lebih besar dan semula jadi, bermula dari penjuru hingga ke hujung mata.

6. Ratakan pensel mata berwarna biru sebagai penyudah dari penjuru hingga ke hujung mata. Setiap sapuan hendaklah tidak keterlaluan untuk gaya semula jadi.


LANGKAH keenam, memanjangkan bulu mata. - Foto Rohanis Shukri

7. Ratakan maskara pada bulu mata atas dan bawah. Sapu secara berhati-hati, tetapi menyeluruh pada bulu mata atas dan bawah.

8. Bentuk kening mata bermula bahagian tengah membawa ke hujung kening. Warna coklat memberikan hasil semula jadi. Gunakan berus untuk serakan sekata.

9. Pemerah pipi dilayang dari puncak pipi membawa ke hujung. Pilih warna lebih terang. Gunakan berus khusus pemerah pipi. Gunakan berus untuk membentuk kening.


LANGKAH kesembilan menaikkan seri wajah dengan pemerah bibir L'oreal. - Foto Rohanis Shukri

10. Akhiri solekan dengan pilihan gincu. Gincu boleh dicampur mengikut kesukaan anda, tetapi daripada jenis lebih terang dan sedikit berkilat.

Berita Harian X