Sabtu, 30 Mei 2015 | 10:49pm
ANTARA penyokong negara yang datang memberi sokongan kepada skuad Malaysia B-23 bertemu Timor Leste di Stadium Bishan, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Malaysia atasi Timor Leste 1-0 dalam kumpulan B


PEMAIN Malaysia, Gary Robbat (kiri) berebut bola dengan pemain Timor Leste, Fernandes Ezequeil ketika perlawanan di Stadium Bishan, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalahkan Timor Leste 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-28 di Stadium Bishan, Singapura, malam ini.

Gol dijaringkan oleh D Saarvindran pada minit ke-11.


D Saarvindran (kiri) meraikan jaringan ketika bertemu Timor Leste dalam perlawanan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Senarai Pemain:

Malaysia: Mohd Farhan Abu Bakar, Saarvindran Devandrn, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Syafiq Ahmad (S.Kumaahran), Gary Steven Robbat (Saiful Ridzuwan Selamat), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari (Nazirul Naim Che Hashim), Mohamad Fandi Othman (kapten), Adam Nor Azlin, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Matthew Davies Thomas.

Timor Leste: Ramos Saozinho Ribeiro Maxanches, Jorge Sabas Victor, Filipe Oliveira (Ezequiel Dos Santos Fernandes), Anggisu Correia De Almeida Barbosa (kapten), Jairo Pinheiro Palmeira Neto, Nicolau Higinio Fernandes (Nataniel de Jesus Reis), Carlos Jovanio De Araujo Magno, Frangcyatma Alves Ima Kefi, Agostinho Da Silva Araujo, Paulo Helber Rosa Ribeiro, Jose Carlos Da Fonseca (Feliciano Pinheiro Goncalves). - BERNAMA

Berita Harian X