Selasa, 2 Jun 2015 | 4:47pm

Pesawat Air France mendarat cemas di timur Russia

SEBUAH pesawat penumpang Air France yang dalam penerbangan dari Tokyo ke Paris terpaksa melakukan pendaratan cemas di timur Russia.

PARIS: Sebuah pesawat penumpang Air France yang dalam penerbangan dari Tokyo ke Paris terpaksa melakukan pendaratan cemas di timur Russia, hari ini berikutan mengalami kerosakan enjin.

"Semua 275 penumpang dan 17 kru pesawat dalam keadaan selamat," kata jurucakap Lapangan Terbang Khabarovsk, Natalya Tsvetkova.

Lapangan terbang Khabarovsk terletak kira-kira 800 kilometer di utara Vladivostok.

Pesawat Boeing 777 itu masih berada di landasan dan pasukan teknikal dilaporkan sedang menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat.

Penumpang pula kekal di dalam pesawat sementara ujian dilakukan terhadap enjin. - AFP

Berita Harian X