Jumaat, 5 Jun 2015 | 2:58pm
ENTRI dalam laman Twitter Najib pagi tadi.
ENTRI dalam laman Twitter Najib pagi tadi.

Gempa bumi Sabah: PM harap rakyat di Ranau selamat dan bertenang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap semua penduduk di Ranau, Sabah, selamat selepas kawasan itu dilanda gempa bumi sederhana pagi Jumaat.

Melalui catatan terkini dalam akaun Twitternya, Najib berkata: "Saya dimaklumkan gempa bumi berlaku tidak jauh dari Ranau. Saya harap semua selamat dan bertenang."

Menurut kenyataan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi.

Kenyataan itu berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa itu terletak 16 kilometer barat laut Ranau. - BERNAMA

Berita Harian X