Jumaat, 5 Jun 2015 | 4:23pm

Hairul dan Hanis sah suami isteri

HAIRUL bersama isterinya, Hanis. - Foto BH Online
HAIRUL bersama isterinya, Hanis. - Foto BH Online

BUKIT JELUTONG: Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sah bergelar pasangan suami isteri sebentar tadi dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga Hanis di sini, selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang.

Pasangan ini dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali.

HAIRUL dinikahkan bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain. - Foto BH Online
HAIRUL dinikahkan bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain. - Foto BH Online

Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki.

Hanis menerima wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990.

Hairul turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300.

Pasangan ini bertunang 21 Mac lalu juga di kediaman keluarga Hanis tetapi tanpa kehadiran Hairul.

HANIS bersalaman dengan suaminya selepas sah bergelar pasangan suami isteri . - Foto BH Online
HANIS bersalaman dengan suaminya selepas sah bergelar pasangan suami isteri . - Foto BH Online

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir," kata Hanis, yang cantik disolek Tiar Zainal dan anggun dengan persalinan rekaan Zery Zamry.

Pasangan ini berkenalan pada tahun 2004 dan mulai intim selepas Hairul melamar Hanis di kaca TV ketika siaran langsung pertandingan Gegar Vaganza anjuran stesen penyiaran Astro.

Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan pada 14 Jun ini di Hotel Majestic. Turut hadir ialah Sariyanti, Yasmin Hani, Diana Danielle, Datin Nina Juren, Dafi dan Hafizul Kamal.

Berita Harian X