Rabu, 10 Jun 2015 | 2:22pm

Sukan SEA: Boling sumbang emas kedua hari ini

ATLET bowling (dari kiri) Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Feisol dan Rafiq Ismail menuai emas ketiga menerusi trio lelaki di Orchid Country Club, Singapura. - Foto Rosli Rahmat
ATLET bowling (dari kiri) Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Feisol dan Rafiq Ismail menuai emas ketiga menerusi trio lelaki di Orchid Country Club, Singapura. - Foto Rosli Rahmat

SINGAPURA: Kontinjen negara meraih satu lagi emas hari ini dan kali ini, menerusi sukan boling.

Pingat itu hadir menerusi gandingan Esther Cheah dan Sin Li Jane yang menguasai saingan beregu wanita di Orchid Country Club, sebentar tadi.

Mereka melakukan 2,651 jatuhan pin.

Satu lagi gandingan negara, Syaidatul Afifah dan Shalin Zulkifli menduduki tempat ketiga untuk berpuas hati dengan pingat gangsa, hasil himpunan 2,524 jatuhan pin.

Pingat perak pula dimenangi gandingan Indonesia yang melakar 2,545 jatuhan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X