Khamis, 11 Jun 2015 | 9:16pm

Gempa bumi 3.7 pada skala Richter direkod di Ranau

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter direkodkan pada jam 6.49 petang tadi berpusat 25 kilometer di barat laut Ranau.

Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran hanya dirasai di daerah berkenaan.

a gegaran susulan ketiga dilaporkan hari ini selepas dua gempa lemah, masing-masing pada jam 7.20 dan 8.59 pagi dengan kekuatan 3.0 dan 2.0 pada skala Richter.

Berita Harian X