Rabu, 17 Jun 2015 | 6:25pm

E-Rezeki berupaya ganti fungsi BR1M - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata program E-Rezeki yang memberi pendapatan tambahan kepada golongan bawah 40 peratus (B40) berupaya menggantikan fungsi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasar lonjakan pendapatan bulanan peserta program baharu itu daripada RM2,500, tahun lalu kepada RM5,000 menjelang 2020.

Wadah yang memberi peluang kepada kumpulan B40 meraih pendapatan sampingan antara lain menandakan Malaysia kini dalam fasa peralihan ke arah era ekonomi digital.

"Jangan hadkan ledakan pembangunan era digital ini hanya di Cyberjaya, tetapi kena meresap ke seluruh akar umbi rakyat.

"E-Rezeki ini harus diteruskan dan diperkukuhkan supaya ia menjadi teras untuk menjana pendapatan rakyat menerusi peluang yang menanti di dunia digital," katanya pada ucap tama pelancaran program hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood.

**BERITA PENUH MENYUSUL

11 dibaca
Berita Harian X