Jumaat, 19 Jun 2015 | 11:41am
 SUNGAI Kadamaian, Sungai Tohubang, Sungai Panataran dan Sungai Liwogu juga terjejas teruk menyebabkan kekurangan air bersih di daerah Ranau dan Kota Belud apabila loji air turut ditakungi timbunan batu, lumpur dan kayu balak. - Foto BERNAMA

Loji rawatan air Kampung Kimolihing beroperasi semula

KOTA KINABALU: Loji Rawatan Air Kampung Kimolihing yang dihentikan sementara operasinya berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang melanda Ranau Isnin lalu, beroperasi semula malam tadi.

Jurutera Jabatan Air Ranau, Anthony Jullah, berkata ketika ini dianggarkan 50 hingga 60 peratus bekalan air sudah pulih di sekitar kawasan pekan Ranau.

Pada masa ini bekalan air sedang disalurkan secara berperingkat dan dijangka pulih tengah hari ini di seluruh kawasan pekan Ranau dan kawasan berhampiran, katanya.

Bagaimanapun, Anthony berkata, penduduk di kawasan luar pekan Ranau masih belum menerima bekalan air paip berikutan Loji Rawatan Air Kampung Bambangan belum beroperasi kerana masih dalam proses baik pulih.

"Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat banjir lumpur yang membawa serpihan kayu balak," katanya.

Setakat ini dianggarkan 20 hingga 30 buah kampung dengan 1,500 pemegang akaun masih mengalami gangguan bekalan air. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X