Ahad, 21 Jun 2015 | 10:04pm

Najib, Rosmah berbuka puasa bersama pemimpin UMNO

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah-mesra bersama pemimpin-pemimpin UMNO, dan mereka dari sayap Wanita, Pemuda, Puteri, serta sahabat dan kenalan, di Seri Perdana. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah-mesra bersama pemimpin-pemimpin UMNO, dan mereka dari sayap Wanita, Pemuda, Puteri, serta sahabat dan kenalan, di Seri Perdana. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin UMNO, dan mereka dari sayap Wanita, Pemuda, Puteri, serta sahabat dan kenalan, di Seri Perdana di sini, malam ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abudul Jalil.

Pada majlis itu, Najib juga bergambar dengan hadirin.

Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau juga memotong kek sempena sambutan Hari Bapa pada hari ini.

Najib kemudian menunaikan solat tarawih.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X