X
Isnin, 22 Jun 2015 | 8:50pm

Najib serah zakat Kumpulan FELDA RM23.1 juta

DATUK Seri Najib Razak semasa menyampaikan sumbangan zakat Kumpulan FELDA kepada EXCO Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin (tiga dari kanan) di Seri Perdana, Putrajaya hari ini. Yang turut hadir Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (kiri). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menyampaikan zakat Kumpulan FELDA bagi 2014 berjumlah RM23.1 juta kepada 14 pusat zakat negeri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

DATUK Seri Najib Razak hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Zakat berkenaan disampaikan kepada menteri, menteri besar, ketua menteri dan EXCO kerajaan negeri bagi negeri di mana FELDA menjalankan operasi perniagaannya.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Majlis dihadiri kira-kira 1,500 orang termasuk menteri, menteri besar, ketua menteri, pegawai kanan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), duta dan perwakilan asing, pengurusan Kumpulan FELDA serta anak yatim.

DATUK Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi sumbangan kepada anak yatim Pertubuhan Kebajikan Insaniah Sri Kandi Kuala Lumpur pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X