Selasa, 23 Jun 2015 | 7:17pm

Dua lagi gempa bumi gegar Ranau

SEBAHAGIAN pekerja di bangunan KK Times Square di Kota Kinabalu berkumpul di kawasan lapang selepas gempa bumi kecil berukuran 4.3 pada skala Richter yang melanda Ranau. - Foto Datu Ruslan Sulai
SEBAHAGIAN pekerja di bangunan KK Times Square di Kota Kinabalu berkumpul di kawasan lapang selepas gempa bumi kecil berukuran 4.3 pada skala Richter yang melanda Ranau. - Foto Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Dua lagi gempa bumi lemah berpusat di Ranau direkodkan pada jam 6.29 dan 6.39 petang tadi, masing-masing 2.6 dan 3.0 pada skala Richter.

Ia menyusul selepas gegaran dengan kekuatan 4.3 pada skala Richter yang turut dirasai sehingga ke Kota Kinabalu jam 5.33 petang tadi.

Jam 10.54 pagi tadi, gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter direkodkan hingga mengakibatkan siling perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali di Ranau runtuh.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X