Rabu, 24 Jun 2015 | 10:38am
Hollywood composer James Horner holds up two Oscars after winning for Best Original Song and Original Dramatic Score for his work on the movie 'Titanic' at the 70th Annual Academy Awards in Los Angeles, in this file photo taken March 23, 1998. Horner died in a plane crash in southern California on Monday, U.S. media reported. REUTERS/Blake Sell/Files

Ejen sahkan komposer 'Titanic' maut dalam nahas pesawat

VENTURA: Ejen James Horner, komposer muzik filem Titanic yang memenangi Anugerah Oscar adalah juruterbang yang maut apabila pesawatnya terhempas di selatan Southern, kelmarin.

Michael Gorfaine berkata Horner mengendalikan pesawat satu enjin yang terhempas sebelum terbakar di kawasan hutan terpencil di barat daya Los Angeles.

Meskipun koroner di Ventura County mengambil masa beberapa hari lagi untuk mengesahkan kematian Horner, warga Hollywood kini berkabung atas kehilangannya.

James Cameron, Ron Howard, Celine Dion dan ramai lagi selebriti memperingati Horner, 61, sebagai lelaki berbakat dan sahabat yang baik.

Horner menang dua anugerah Oscar untuk Titanic, termasuk satu untuk lagu "My Heart Will Go On," yang menjadi lagu hit bagi Dion.

Beliau juga menerima pencalonan Oscar untuk filem Alien, Apollo 13, Field of Dreams, Braveheart, A Beautiful Mind, House of Sand and Fog dan Avatar. - AP

14 dibaca
Berita Harian X