Jumaat, 26 Jun 2015 | 8:55pm
RAJA Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah yang juga Canselor Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) berkenan menyampaikan sumbangan wang zakat kepada anak-anak yatim daripada rumah Nur Sakinah di Majlis Iftar Canselor MSU dengan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah (YAYSH) di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir

Permaisuri Agong buka puasa bersama warga MSU, anak yatim

SHAH ALAM: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah malam ini berkenan berbuka puasa bersama warga Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) serta anak-anak yatim di Dewan Canselor MSU di sini.

Keberangkatan baginda disambut Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin; dan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Zaini Ujang.

Tuanku Hajah Haminah adalah Canselor MSU.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan wang zakat bernilai RM75,000 bagi pihak MSU kepada 15 rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang dan sumbangan duit raya berjumlah RM22,500 kepada 150 penghuninya.

Rumah kebajikan berkenaan antaranya Rumah Kasih Harmoni, Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Rumah Siraman Kasih, Rumah Permata Rohani dan Baitul Hidayah.

Universiti itu setiap tahun menyumbang sejumlah RM8 juta menerusi agihan zakat, bantuan kewangan, biasiswa dan tajaan pengajian serta pelbagai bentuk bantuan lain.

Dalam majlis sama, MSU turut menyumbang RM150,000 kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) sebagai sebahagian daripada agenda universiti itu membantu komuniti memerlukan.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X