Selasa, 30 Jun 2015 | 12:03am
FESYEN kanak-kanak, Butik Manjakuhappy. - Foto Munira Abdul Ghani
HIMPUNAN warna yang ceria buat anak-anak. - Foto Munira Abdul Ghani
PELBAGAI pilihan warna dan fesyen ditonjolkan Butik Manjakuhappy. - Foto Munira Abdul Ghani
REKAAN menarik dan ringkas digayakan si kecil. - Foto Munira Abdul Ghani
BAJU ala puteri raja berpotongan pinggang tinggi itu, dipadankan kain labuh, kembang atau meleret, sangat mencuri tumpuan kanak-kanak. - Foto Munira Abdul Ghani
RONA warna terang sesuai buat si comel. - Foto Munira Abdul Ghani
ANTARA koleksi buat si comel dari Manjakuhappy. - Foto Munira Abdul Ghani
PENGGUNAAN fabrik kapas digandingkan sifon menyebabkan ia sangat ringan digayakan si kecil. - Foto Munira Abdul Ghani
ANEKA pilihan baju Melayu, buat si kecil apabila turut dirapikan dengan permainan rona kontras. - Foto Munira Abdul Ghani
POTONGAN gaun itu memercik gaya dewasa si kecil, khususnya pada bahagian pinggang potongan tinggi dan lengan bergetah. - Foto Munira Abdul Ghani

Baju raya Frozen gaya di pagi Syawal

FILEM yang mencetuskan fenomena seluruh dunia, Frozen dengan watak utama, Puteri Elsa turut 'berjangkit' dalam pemilihan baju raya untuk digayakan si kecil pada Aidilfitri ini.

Baju ala puteri raja berpotongan pinggang tinggi itu, dipadankan kain labuh, kembang atau meleret, sangat mencuri tumpuan kanak-kanak.

Justeru, Pengarah Eksekutif Manjakuhappy, Jazmiladina Husin, mengambil inspirasi itu untuk memperkenalkan koleksi berkenaan dalam himpunan raya kali ini.

Beliau berkata, potongan gaun itu memercik gaya dewasa si kecil, khususnya pada bahagian pinggang potongan tinggi dan lengan bergetah.

Walaupun gaya ini kelihatan sedikit 'berat', penggunaan fabrik kapas digandingkan sifon menyebabkan ia sangat ringan digayakan si kecil.

"Keselesaan fabrik menyebabkan kanak-kanak yang baru bertatih, boleh memakainya daripada pagi hingga petang. Kemasan tali pinggang kain membolehkan simpulan riben dibuat pada bahagian belakang, penambah manis gaya si manja," katanya.

Seperti kelazimannya, Jazmiladina tetap mengekalkan pilihan rona terang dan ceria, termasuk merah hati, oren dan hijau pucuk pisang. Corak manis dipilih, menambah keceriaan lebaran, manakala tudung kecil digayakan si comel menyerlah kesopanan.

Untuk kanak-kanak lelaki tidak terkecuali. Aneka pilihan baju Melayu, jubah dan kurta, tampan digayakan anak teruna apabila turut dirapikan dengan permainan rona kontras.

Paling jelas ia menyuntik gaya moden pada persalinan tradisional. Koleksi raya kali ini turut mempertaruhkan gaya sedondon untuk satu keluarga kerana ada pakaian untuk ayah dan ibu.

Masih menghargai baju tradisional seperti baju kurung dan peplum, kata Jazmiladina, pilihan koleksi itu tetap ada kerana permintaan.

"Baju ini tetap jadi pilihan untuk membudayakan pakaian baju tradisional. Malah, ia mudah digayakan pada banyak acara, selain majlis aqiqah atau kenduri," katanya.

Kelebihan koleksi Manjakuhappy adalah kerana ia mementingkan keselesaan menggunakan material jenis lembut atau meresap peluh dan selesa.

Manjakuhappy ditubuhkan sejak enam tahun lalu, menawarkan ratusan jenis pakaian untuk bayi, termasuk barangan keperluan ibu dan bayi baru lahir hingga ke usia tujuh tahun.

Menampilkan gaya eksklusif kerana untuk satu jenis pakaian hanya ada 30 helai saja. Pakaian kanak-kanak boleh didapati pada harga antara RM39 dan RM150.

24 dibaca
Berita Harian X