Sabtu, 4 Julai 2015 | 12:05am

Senang Je Masak: Ayam paprik

 


MENU masakan paprik yang dibawa dari negara jiran, Thailand dilihat kian mendapat sambutan penggemarnya.

  Rasanya yang pedas dengan haruman daun limau purut menjadikannya enak dijamu bersama nasi putih lebih lagi di saat berbuka puasa.

  Sempena kedatangan Ramadan ini, Famili menampilkan resipi ringkas ayam paprik dikongsi selebriti masakan, Cef Yang Jamil yang boleh dicuba oleh anda.

PAPRIK Ayam resipi Chef Yang Jamil. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

 

Bahan-bahan:

  • Isi ayam 
  • Cili padi merah  
  • Cili padi hijau
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Bawang putih 
  • Kacang panjang (dipotong)
  • Lobak (potong bulat)
  • Brokoli
  • Serai (dititik)
  • Daun limau nipis
  • Garam
  • Air
  • Pes paprik segera

ANTARA bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Paprik Ayam resipi Chef Yang Jamil. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

 

Cara membuatnya:

1. Goreng isi ayam terlebih dulu dan biarkan sejuk.

2. Kemudian, tumis kesemua bahan seperti bawang besar, bawang putih dan cili sudah dipotong.

3. Masukkan lobak, brokoli, serai, daun limau nipis dan goreng bersama bahan-bahan tadi.

4. Tuangkan pes paprik mengikut keperluan dan tambah sedikit air bersama garam secukup rasa.

5. Selepas itu, masukkan semula ayam yang sudah digoreng tadi kacau semua bahan-bahan hingga sebati.

6. Hidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.

Berita Harian X