X
Ahad, 5 Julai 2015 | 3:51pm

Rampas dua pistol daripada dua lelaki

KETUA Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya (tiga dari kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Abd Razak Md Zin (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada sembilan ketulan ganja mampat dan sepucuk pistol tiruan dan sepucuk pistol revolver dalam sidang media di IPK Jalan Stadium di sini hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan dua lelaki dan merampas dua pistol termasuk satu daripadanya palsu, dipercayai untuk tujuan jenayah dalam serbuan di Changlun, dekat sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, berkata dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan selepas dikesan mencurigakan di kawasan Lebuhraya Changlun-Kubang Pasu kira-kira jam 2.30 petang 3 April lalu.

"Ketika dihampiri anggota, dua lelaki terbabit mengelak dan merempuh bahagian sisi kereta polis, sebelum cuba melarikan diri.

"Kedua-dua mereka kemudian ditahan di kawasan premis mencuci kenderaan automatik dan kini direman untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu Zamri berkata, dalam serbuan berasingan kelmarin, pihaknya menahan tiga lelaki dan merampas lapan ketulan mampat ganja dengan nilai pasaran RM18,000 dalam sebuah kereta di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Desa (RTC) Napoh, dekat Jitra.

Semua tiga lelaki berusia antara 30 dan 47 tahun itu kini ditahan reman hingga 11 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X