Selasa, 7 Julai 2015 | 11:50pm

Wimbledon: Sharapova, Muguruza tempah tiket separuh akhir

LONDON: Bintang tenis Russia, Maria Sharapova menempah pertemuan separuh akhir Wimbledon pertama sejak 2011 selepas mencatat kemenangan sukar 6-3, 6-7 (3/7), 6-2ke atas pemain Amerika Syarikat (AS) Coco Vandeweghe, hari ini.

Sharapova yang juga pilihan keempat kejohanan terpaksa bertungkus lumus sebelum menundukkan satu-satunya pemain bukan pilihan di peringkat lapan terbaik itu.

Kali pertama Sharapova menjuarai gelaran di Wimbledon ialah pada 2004 ketika berusia 17 tahun dengan lawannya di separuh akhir ditentukan pada perlawanan membabitkan juara lima kali, Serena Williams atau bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka.

Dalam pada itu, pemain Sepanyol, Garbine Muguruza mara ke separuh akhir pertamanya di Wimbledon apabila mencatat kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Timea Bacsinszky.

Muguruza yang juga pilihan ke-20 kejohanan dijadual bertemu Madison Keys atau Agnieszka Radwanska di separuh akhir. - AFP

Berita Harian X