Rabu, 8 Julai 2015 | 2:11pm

Zur Eda dirawat di PPUM akibat jangkitan buah pinggang

ZUR Eda berniaga pada Bazar Syukur Ramadan NSTP di Balai Berita NSTP Bangsar, baru-baru ini. - Foto Aziah Azmee
ZUR Eda berniaga pada Bazar Syukur Ramadan NSTP di Balai Berita NSTP Bangsar, baru-baru ini. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Penyanyi 80-an, Zur Eda, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam kerana jangkitan kuman di buah pinggang.

Perkembangan itu disahkan anak sulungnya, Siti Sarah Zulkilfi kepada BH Online.

Malah beberapa teman artis lama turut memuat naik status mengenai penyanyi lagu Kelmarin itu di laman sosial termasuk Noorshila Amin.

NOORSHILA Amin memuat naik status mengenai keadaan Zur Eda di laman Facebook.
NOORSHILA Amin memuat naik status mengenai keadaan Zur Eda di laman Facebook.

"Mama (Zur Eda) memang dalam keadaan lemah. Sejak tiga hari lalu, dia memang mengalami demam dan muntah.

"Mama juga mengadu sakit perut. Semalam keadaannya makin teruk, kami terpaksa bawa mama ke hospital.

"Empat tahun lalu, dia pernah kena jangkitan kuman di buah pinggang. Ingat sudah okey, tapi tak sangka penyakit itu menyerang kembali. Sekarang doktor tengah mengenalpasti punca.

"Tapi apa yang dapat dimaklumkan, memang mama ada jangkitan kuman di buah pinggang," kata Siti Sarah.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X