Jumaat, 10 Julai 2015 | 9:30pm

Najib, Rosmah hadir majlis khatam al-Quran di Seri Perdana

NAJIB bersama-sama tetamu kenamaan menyaksikan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuan beliau Nooryana Najwa bersama empat lagi rakan membaca surah pendek pada Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Seri Perdana hari ini.- Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini.

Rosmah bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa serta empat lagi rakannya khatam al-Quran dengan dibimbing Ustaz Ahmad Subki Othman.

Hadir sama ialah Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Najib dan Rosmah kemudian berbuka puasa bersama kira-kira 400 tetamu antaranya anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) serta 150 anak yatim dan anak Permata Negara.

Perdana Menteri turut memberi sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim dan anak Permata berkenaan.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X