Jumaat, 10 Julai 2015 | 9:32pm
MUHYIDDIN menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur serta pelajar Maahad Tahfiz al-Quran al-Ukhuwwah, Petaling Jaya dan Maahad Tahfiz al-Quran ar-Rasyidin, Alor Gajah semasa majlis berbuka puasa di Sri Satria, Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Muhyiddin, isteri berbuka puasa bersama anak yatim

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kediaman rasmi beliau di Sri Satria, di sini.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selain 1,200 jemputan.

Antara NGO yang hadir ialah Majlis Belia Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Perunding Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.

Pada majlis sama, Muhyiddin dan isteri turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 140 anak yatim dari Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, Maahad Tahfiz al-Quran al-Ukhuwwah, Petaling Jaya, Selangor dan Maahad Tahfiz al-Quran Ar-Rasyidin, Alor Gajah, Melaka.

Beliau kemudian menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih bersama hadirin.

- BERNAMA

Berita Harian X